Sunday, 20 May 2012

Album Terbaru Rahmat (Ekamatra) :
Semarak Cinta Rasulullah SAW 2

Album Qasidah terbaru yang didendangkan oleh Rahmat Ekamatra ini mengandungi 5 Qasidah indah yang memuji Rasulullah SAW. Album "Semarak Cinta Rasulullah SAW 2" ini merupakan album kedua Rahmat selepas album Qasidah pertamanya yang bertajuk "Semarak Cinta Rasulullah 1".

Terdapat 4 buah qasidah yang dialunkan dalam Bahasa Melayu manakala sebuah Qasidah lagi dialunkan dalam Bahasa Arab. 
Apa yang menarik tentang album kedua Rahmat ini ialah idea gabungan paluan gendang dengan tiupan seruling sebagai asas lagu di dalam album ini menjadikannya sangat unik dan lain daripada yang lain.
Album ini juga telah menjalani proses "Mastering" di Australia bagi mendapat kualiti bunyi yang sempurna. 

Mengandungi beberapa Qasidah yang liriknya ditulis sendiri oleh Al-Musnid Dato' Sheikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al- Maliki.

Sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Sofa untuk dakwah, pendidikan, penyelidikan dan kebajikan Islam

Album terkini Rahmat ini boleh didapati di Sofa Production pada harga RM 25 sahaja

atau anda juga boleh menggunakan penghantaran pos di sini.